Biografi Sekh Hamzah Fansuri
Posted by : Unknown
on 18.53
Biografi
singkat Hamzah Fansuri
Syeikh Hamzah Fansuri ialah seorang ulama dan
pujangga besar Melayu.
Syeikh Hamzah Fansuri ialah seorang ulama dan pujangga besar
Melayu. Beliaulah penyair Melayu pertama yang menggubah syair-syair bersifat
agama. Hamzah Fansuri dipercayai dilahirkan pada akhir abad ke-16 di Barus atau
Panchor, Perbatasan antara Aceh
Singkil dan Sibolga Sumatera Utara. Panchor disebut Fansur dalam bahasa
Arab. Pada tahun 1726, Francois Valentijn dalam bukunya Oud en Nieuw Oost-Indie
(Hindia Timur Lama dan Baharu) pada bab mengenai Sumatera, menyebut Hamzah
Fansuri sebagai seorang penyair yang dilahirkan di Fansur. Ia menghabiskan
banyak waktunya dan menetap di Aceh.
Karya-karya Hamzah Fansuri telah dikaji oleh para sarjana Timur dan Barat yaitu Kraemaer, Doorenbos, Al-Attas, Teeuw, Brakel, Sweeney, Braginsky dan Abdul Hadi. Kajian al-Attas yang merupakan analisis semantik dianggap sebagai kajian yang paling menyeluruh dan hebat terhadap pegangan mistisisme Hamzah Fansuri.
Pada masa yang sama, kajian mereka ini telah memberikan penjelasan yang amat penting mengenai sumbangan Hamzah terhadap sastera Melayu. Pemikiran dan pegangan Hamzah Fansuri terpancar dalam karya-karya beliau meliputi karya prosa dan puisi. Hamzah adalah pengembang tarekat Wujudiyah. Gambaran tentang ajaran Wujudiyah ini dapat dikutip daripada karangan beliau Asrar al-Arifin dan Sharab al-Asyikin. Fahaman ini beranggapan bahawa segala makhluk itu pada asasnya esa, kerana wujud daripada zat Allah.
Dalam hujahnya menerusi kitab-kitab ini, terkesan bahawa Hamzah terpengaruh dengan faham Ibn Arabi, ahli tasawuf yang masyhur pada akhir abad ke-12 dan awal abad ke-13. Selain itu, Hamzah turut menyisipkan dalam karangannya kutipan-kutipan ahli tasawuf Parsi seperti al-Junaid, Mansor Hallaj, Jalaluddin Rumi, Abi Yazid Bistami, dan Shamsu Tabriz.
Karangan-karangan prosa Hamzah yang terpenting ialah Asrar al-Arifin (Rahasia Orang yang Bijaksana), Sharab al-Asyikin (Minuman Segala Orang yang Berahi) dan Zinat al-Muwahidin (Perhiasan Sekalian Orang yang Mengesakan). Syair-syair beliau itu ialah Syair Si Burung Pingai, Syair Si Burung Pungguk, Syair Sidang Fakir, Syair Dagang dan Syair Perahu dan di antara syairnya itu telah populerkan oleh salah satu penyanyi aceh, Rafli melalui suara emasnya.
Melalui hasil karangannya, dijelaskan mengapa orang harus mencari Tuhan dan juga sebagai garis petunjuk untuk mencari Tuhan. Syair-syair Hamzah sarat dengan estetika, ilmu dan falsafah diolah berdasarkan pengaruh pantun menampakkan bahawa Hamzah menguasai puisi Parsi bersifat tasawuf dan memupuk rasa cinta akan Allah. Hamzahlah penyajak Melayu pertama yang menggunakan syair dalam tulisan agama.
Winstedt mengatakan cara pemikiran Hamzah sesuai dengan pemikiran yang terdapat dalam karangan-karangan ahli-ahli falsafah, pujangga dan pengarang-pengarang besar Barat seperti St. Augustino (354-430), John Lyly (1553-1606), Francis Bacon (1561-1662), John Milton (1608-1674), Sydney Smith (1771-1845) dan lain-lainnya. Pengiktirafan tersebut mewajarkan Hamzah Fansuri diangkat sebagai pelopor kesusasteraan Melayu moden di alam Melayu.
Sebagai seorang tasawuf Syeikh Hamzah Fansuri pernah memperlihatkan dalam karya-karyanya bahwa Syeikh Hamzah Fansuri mempunyai hubungan dengan tasawuf yang berkembang di India pada abad ke-16 dan 17. Syeikh Hamzah Fansuri langsung mengaitkan dirinya dengan ajaran para sufi Arab dan Persia sebelum abad ke-16. Bayazid dan al-Hallaj merupakan tokoh idola Syeikh Hamzah Fansuri di dalam cinta dan ma’rifat, dipihak lain Syeikh Hamzah Fansuri sering mengutip pernyataan dan syair-syair Ibnu Arabi serta “Iraqi” untuk menopang pemikiran kesufiannya. Hubungan Syeikh Hamzah Fansuri dengan para penulis jarang sekali memperoleh perhatian para sarjana tasawuf di Indonesia, padahal selain Ibnu Arabi pemikir sufi yang banyak memberi warna Syeikh Hamzah Fansuri adalah Fakhruddin Iraqi, seringnya Syeikh Hamzah Fansuri menyebut dan mengutip lama’at-lama’at karya Iraqi, memperlihatkan adanya perhatian istimewa antara pandangannya dengan Iraqi.

Langganan:
Postingan (Atom)
KHOH KENE KAUM BEAK......!
Total Tayangan Halaman
Pengikut
Diberdayakan oleh Blogger.
Recent Comments